Buddies That Follows

Wednesday, 24 October 2012

SPM Oh SPM...

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada semua pembaca setia blog saya yang serba kekurangan ini. Apa khabar? sihat? Alhamdulillah... Memang dah lama betul aku tak update blog ni.Habuk dah semakin menebal. *Fuhh, tiup sikit*. Haha, kali ni sebenarnya aku pun tak tau nak tulis apa. Hmm, pada kesempatan ini aku nak ucapkan GOOD LUCK kepada semua Calon SPM. Ada beberapa tips yang aku nak kongsikan kat korang. Ketika hampir peperiksaan, lakukanlah perkara dibawah ni :
1. Jangan tinggalkan solat

2.Ubah sikap. Be positive!
3. Perbanyakkan selawat Syifa (kalau x tau tanya mak ayah or type je kat youtube)
    Amalkan selalu terutamanya selepas solat Subuh iaitu sebelum terbit Fajar.
4.Baca Al-Quran(Baca hari2 sekurang-kurangnya 1 hari 1 muka surat)
5.Banyakkan puasa sunat(Doa orang yang berpuasa akan sentiasa diterima Allah, Insya Allah)

6. Banyakkan berdoa terutamanya pada waktu wukuf kerana pada waktu ini pintu langit diseluruh dunia    
    terbentang luas.
7. Belajar dalam keadaan yang tenang dan ceria, tenangkan fikiran kita dulu kerana apabila berada dalam keadaan yang tenang akan memudahkan kita untuk menerima ilmu dan berfikir berbanding dengan waktu kita sedang stress.
8.Ini paling penting, minta doa Ibu Bapa dan mohon restu mereka. Doa Ibu Bapa merupakan doa yang
   paling mustajab.
9. Dampingi guru, pada saat2 akhir ini dampingilah guru anda, mohon restu daripada mereka, minta tunjuk ajar daripada mereka.

10. Doa mohon keselamatan dan kesihatan.

                                                                       

11. Usaha yang berterusan(Istiqamah)
12. Jaga pemakanan dan kesihatan serta tidur. (Dapatkan rehat yang cukup)
13.Niat belajar ikhlas kerana Allah. Kita belajar kerana untuk mendapat manfaat daripada ilmu yang kita pelajari dan kita belajar bukan untuk pencapaian semata-mata.
Good Luck, semoga berjaya buat semua SPM Candidate ^_~

Target kita.
Jangan lupa tunaikan Solat kerana solat itu tiang agama.

Berani untuk menyahut cabaran.



Our Target.
 Semua amalan tersebut adalah sangat baik untuk diamalkan oleh semua orang termasuklah diri saya.
Moga-moga dengan tips yang diberikan sedikit sebanyak dapat memberikan harapan baru ataupun pertolongan buat anda semua Insya Allah. *Kita bukannya tak pandai, cuma kita malas belajar**Kita tidak gagal, cuma belum berjaya**Sentiasalah menjadi orang yang bersangka baik(positive minded person) dan menepis segala sangkaan buruk* Semoga berjaya kepada semua calon SPM termasuklah saya. Doakan kami semua calon SPM 2012 agar memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2012. Amin... Insya Allah. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya. ^_^

Monday, 14 November 2011

My Best Friendz...

Assalammualaikum...
Apa khabar semua? sihat? Hehe,dah lama betul aku x update blog nie,dah berhabuk dah pun..haha..Hmmm...korang ada best friendz tak? aku yakin semua orang mesti ada best friends.Kali ni aku nak ceritakan kat korang pasal best friendz aku.Sebenarnya banyak kawan2 yang baik kat sekolah aku tu.Tapi yang 3 orang ni aku anggap sebagai kawan yang paling special and yang paling rapatlah dengan aku..Belajar sama2,rehat sama2,main sama2 and macam2 lagi lah yang sama2..haha..
Hah,yang ni nama dia Hasif Bin Hashem..Aku kenal dia sejak form2,actually aku dah kenal dia sejak dari sekolah rendah lagi,hehe...Hasif ni merupakan seorang yang baik hati,bijak dan jujur..Dia banyak tolong aku terutamanya ketika belajar dalam kelas..Adalah satu hari tu.. masa tu aku masih form2,aku masih belum mempunyai cermin mata lagi.So,masa aku nak salin nota yg cikgu suruh salin kat depan aku x berapa nampak dan aku x sempat nak salin smpai habis.Then,Hasif seperti memahami dgn keadaan aku pastu dia pun tolong aku...Thank you Hasif!!  Haha,lepas tu Hasif ni rajin bagi nasihat yang berguna kat aku terutamanya bile aku ada masalah ..Thanks ye Hasif :DD

Peace yaw..Haha,Nama dia Nabil Aiman Zakaria.Aku kenal dia baru tahun ni sebab dia baru masuk High School Klang tahun ni.Nabil ni merupakan kawan pertama aku dalam kelas.Hehe,sebenarnye x susah nak kenal dia.Dalam masa x sampai satu bulan je kot aku dah boleh  kenali dan fahami dia.Nabil ni seorang yang peramah,baik hati,pandai dan bersifat lembut.Dia merupakan seorang yang berani dan petah bercakap.Mempunyai bakat yang mengkagumkan.Baru masuk tahun ni dia dah menang mcm2 anugerah..Hehe,hebatkan? Then,dia selalu tolong aku terutamanya dalam pelajaran.Aku seringkali meminta pendapat dan nasihat daripada dia.Nabil ni minat drama2 and lagu2 korea..Dia suka nyanyi lagu korea,aku pelik mcm mana lah dia boleh hafal lagu2 tu.Satu je yang aku minat Roly poly haha,boleh tahan lagunye..Hmm..Kebelakangan ni dia asyik sedih je...Aku pun x tau kenapa..Cian dia..x mau lah cedyh2 ye Nabil..After this i hope you happy always..Stay cool,stay cute..Haha,thanks Nabil!!! :DD

Fuh!! bukan main lebar kau punyer senyum..Hehe,nama dia Fathur Rahman. Aku kenal dia baru tahun nie.Dia pun baru masuk High School Klang tahun nie.Fathur ni seorang yang bijak dan baik hati tetapi gangster.Hahaha,xdelah gangster sgt.Sikit2 tu adalah.Hehehe,aku x tau kenapa,tapi sejak aku kenal dan berkawan dengan dia aku rasa kalau sehari aku x gelak kat sekolah mmg x sah..hehe,sekurang-kurangnye mesti ada gelak sikit..Hehe,maybe dia ni selalu buat lawak kot..Tapi kadang2 aku yg dijadikan bahan lawak hariannyer tu..Haha,x kisah pun.. Fathur ni selalu balik dengan aku.Baru aku perasan..bile ada dia, org lain terutamanya dak form5 x berani nak kacau aku.Haha,.Dia ni rajin mesej aku..kadang2 dia mesej psal keje skolah,kadang2 mesej tegur sapa,kadang2 mesej peringatan..Haha,kalau tgk inbox dkt phone aku tu penuh dgn nama dia..Haha,thanks yaw Fathur Rahman :DD
Haha,amacam?? mmg best kan diorang ni?? semuanye hensem2 macho2 baik2 pandai2..Haha..Hmmm...aku memang seronok sgt2 dpt berkawan dgn diorang dan aku rasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana Allah telah mempertemukan aku dengan diorang.Cuma satu je yang aku harap..Aku harap kita boleh jadi kawan baik sampai bila2...Best Friendz 4 Ever!! Insya Allah..Thanks kepada yang membaca..Kalau rajin like and share2 lah yer..hehe,sharing is caring..Sory kalau ada tersalah type and tersalah eja..Hope you'll enjoy reading it as much as i did...Thanks for visiting my blog..Come again next time :DD

Friday, 12 August 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan :-)

Yeeay!! Ramadhan menjelma lagi..Alhamdulillah...
Sambutlah Ramadhan kali ini dengan penuh kegembiraan dan keinsafan..
Lakukan amal ibadah dan perkara yang baik sebanyak mana yang boleh...
Selamat Berpuasa to you all....
Ingat berbuka pukul tujuh setengah bukan pukul tiga petang...
and...
Sahur pukul lima setengah pagi bukan pukul sebelas pagi...  :-P





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...:-)

Tuesday, 12 July 2011

For the first time.......

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku menyiapkan blog yang tak seberapa nie......
Ok...hmmm.....untuk kali ni (sebenarnya baru first time) saya nak bagitau sedikit sebanyak tentang diri saya...

Nama:Sebenar:Mohd Amir Arif Bin Amir Hamzah
Umur:16 Tahun
Bersekolah Di: SMK TINGGI KLANG
Kelas :4SN2
Perangai: Agak Childish&Nerd sedikit :p

Setakat ini sahajalah yang saya mampu taip....
Saya ni masih baru dan agak kurang mahir untuk menggunakan blog ini....
So...if you can,please guide me... :) Sekian Terima Kasih....  S.T.K!!! :D

Monday, 11 July 2011

TrEES Fieldtrips@Sg.Tekala 2011

Alhamdulillah,berjaya juga aku menyiapkan entry yg kedua untuk blog yang x seberapa ni,menggeletar jugak tangan dibuatnya bila nak start type untuk entry yang kedua ni....Ok untuk entry yang kedua,aku akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang ku dapat semasa pergi ke fieldtrips di Sungai Tekala anjuran TrEES 2011...
Inilah Nabil.
Member yang duduk disebelah aku.

Pada 14 Julai 2011,aku pergi mengikuti rombongan ke Taman Negeri Selangor.Seramai 20 orang pelajar tingkatan 4 dan 2 orang guru pengiring yang mengikuti rombongan ini.Kami menaiki bas yang disewa oleh guru pengiring kami. Aku duduk disebelah Nabil. Kami diberitahu oleh guru pengiring kami bahawa ada sekolah lain yang akan duduk satu bas  dengan kami. Semua kawan-kawanku keriangan kerana masing-masing  menggatal hendak mengorat pelajar sekolah yang akan duduk satu bas dengan kami.Namun keriangan mereka hilang sekelip mata kerana pelajar sekolah yang akan duduk satu bas dengan kami ialah pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan SS17 Subang Jaya....

Selama 1 jam duduk didalam bas,akhirnya sampai juga di Taman Negeri Selangor.









Kedatangan kami disambut mesra oleh seorang minah saleh yang bernama Christa Hashim. Kami disuruh bersarapan pagi sebelum masuk ke pondok(aku x taulah tu pondok ke apa,tapi dalam pondok tu ada dewan and office) untuk mendengar taklimat pasal Taman Negeri Selangor ni..

Selepas bersarapan&mendengar taklimat tersebut,kami dikehendaki bersedia untuk Jungle Trekking.Kumpulan kami yang terdiri daripada 20 orang pelajar form4 dan 2 orang guru pengiring diketuai oleh seorang pakcik yang agak berumur tapi masih kuat dan expert dalam selok-belok hutan ini.Selepas diberi penerangan sedikit sebanyak tentang aktiviti jungle trekking selama lebih kurang 5 minit kami pun memulakan aktivit jungle trekking ni.Yay! :-D
Kami meredah masuk ke hutan.Panjang trek hutan itu ialah 1.6KM!!!
Tetapi,ketua kumpulan kami akan berhenti di stesen-stesen yang tertentu mengikut jarak trek yang kami sudah lalui.....Dibawah ini terdapat sedikit-sebanyak gambar yang sempat dipetik oleh Jurukamera Hasif dan aku sendiri(sory sebab ada gambar yang tak clear)

Ini rama2 yang menyamar jadi daun...



Inilah Kapten kumpulan kami

Berhentii di setiap stesen


Macam2 gelagat...



Inilah Hasif..The jurukamera.?






Rehat jap.....

Wow! tingginya!



Askar2 High School.














 Selepas berjalan sejauh 600 Meter,kami terjumpa sebatang anak sungai,apalagi kitorang pun main airlah...sejuk!!!

Wah! Nyamannya suasana di hutan ni!


Selepas bermain air selama 10 minit,kami meneruskan semula perjalanan kami.Setelah 15 minit berjalan,akhirnya kami sampai ke penghujung trek hutan.
Lepas tu berjumpa pulak dengan The Guy from Dhubai,dia nak bergambar dengan kami. :-)
(Sory sebab tak dapat tunjukkan macam mana rupa gambarnya..)
River Forest..

Then adalah buat sikit aktiviti mengkaji kebersihan dan kualiti air sungai,ada 3 cara:Pertama, uji secara fizikal,kedua, uji secara kimia,ketiga dengan menggunakan cara biology.Lepas aktiviti tu,kami terus disuruh berehat and then terus disuruh mandi sungai :-D

Thats all for this time :-) Thanks for reading! (sory kalau ada tersalah type dan tersalah eja)