Alhamdulillah,berjaya juga aku menyiapkan entry yg kedua untuk blog yang x seberapa ni,menggeletar jugak tangan dibuatnya bila nak start type untuk entry yang kedua ni....Ok untuk entry yang kedua,aku akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang ku dapat semasa pergi ke fieldtrips di Sungai Tekala anjuran TrEES 2011...
|
Inilah Nabil.
Member yang duduk disebelah aku. |
Pada 14 Julai 2011,aku pergi mengikuti rombongan ke Taman Negeri Selangor.Seramai 20 orang pelajar tingkatan 4 dan 2 orang guru pengiring yang mengikuti rombongan ini.Kami menaiki bas yang disewa oleh guru pengiring kami. Aku duduk disebelah Nabil. Kami diberitahu oleh guru pengiring kami bahawa ada sekolah lain yang akan duduk satu bas dengan kami. Semua kawan-kawanku keriangan kerana masing-masing menggatal hendak mengorat pelajar sekolah yang akan duduk satu bas dengan kami.Namun keriangan mereka hilang sekelip mata kerana pelajar sekolah yang akan duduk satu bas dengan kami ialah pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan SS17 Subang Jaya....
Selama 1 jam duduk didalam bas,akhirnya sampai juga di Taman Negeri Selangor.
Kedatangan kami disambut mesra oleh seorang minah saleh yang bernama Christa Hashim. Kami disuruh bersarapan pagi sebelum masuk ke pondok(aku x taulah tu pondok ke apa,tapi dalam pondok tu ada dewan and office) untuk mendengar taklimat pasal Taman Negeri Selangor ni..
Selepas bersarapan&mendengar taklimat tersebut,kami dikehendaki bersedia untuk Jungle Trekking.Kumpulan kami yang terdiri daripada 20 orang pelajar form4 dan 2 orang guru pengiring diketuai oleh seorang pakcik yang agak berumur tapi masih kuat dan expert dalam selok-belok hutan ini.Selepas diberi penerangan sedikit sebanyak tentang aktiviti jungle trekking selama lebih kurang 5 minit kami pun memulakan aktivit jungle trekking ni.Yay! :-D
Kami meredah masuk ke hutan.Panjang trek hutan itu ialah 1.6KM!!!
Tetapi,ketua kumpulan kami akan berhenti di stesen-stesen yang tertentu mengikut jarak trek yang kami sudah lalui.....Dibawah ini terdapat sedikit-sebanyak gambar yang sempat dipetik oleh Jurukamera Hasif dan aku sendiri(sory sebab ada gambar yang tak clear)
|
Ini rama2 yang menyamar jadi daun... |
|
Inilah Kapten kumpulan kami |
|
Berhentii di setiap stesen |
|
Macam2 gelagat... |
|
Inilah Hasif..The jurukamera.? |
|
Rehat jap..... |
|
Wow! tingginya! |
|
Askar2 High School. |
Selepas berjalan sejauh 600 Meter,kami terjumpa sebatang anak sungai,apalagi kitorang pun main airlah...sejuk!!!
|
Wah! Nyamannya suasana di hutan ni! |
Selepas bermain air selama 10 minit,kami meneruskan semula perjalanan kami.Setelah 15 minit berjalan,akhirnya kami sampai ke penghujung trek hutan.
Lepas tu berjumpa pulak dengan The Guy from Dhubai,dia nak bergambar dengan kami. :-)
(Sory sebab tak dapat tunjukkan macam mana rupa gambarnya..)
|
River Forest.. |
Then adalah buat sikit aktiviti mengkaji kebersihan dan kualiti air sungai,ada 3 cara:Pertama, uji secara fizikal,kedua, uji secara kimia,ketiga dengan menggunakan cara biology.Lepas aktiviti tu,kami terus disuruh berehat and then terus disuruh mandi sungai :-D
Thats all for this time :-) Thanks for reading! (sory kalau ada tersalah type dan tersalah eja)