Buddies That Follows

Wednesday 24 October 2012

SPM Oh SPM...

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada semua pembaca setia blog saya yang serba kekurangan ini. Apa khabar? sihat? Alhamdulillah... Memang dah lama betul aku tak update blog ni.Habuk dah semakin menebal. *Fuhh, tiup sikit*. Haha, kali ni sebenarnya aku pun tak tau nak tulis apa. Hmm, pada kesempatan ini aku nak ucapkan GOOD LUCK kepada semua Calon SPM. Ada beberapa tips yang aku nak kongsikan kat korang. Ketika hampir peperiksaan, lakukanlah perkara dibawah ni :
1. Jangan tinggalkan solat

2.Ubah sikap. Be positive!
3. Perbanyakkan selawat Syifa (kalau x tau tanya mak ayah or type je kat youtube)
    Amalkan selalu terutamanya selepas solat Subuh iaitu sebelum terbit Fajar.
4.Baca Al-Quran(Baca hari2 sekurang-kurangnya 1 hari 1 muka surat)
5.Banyakkan puasa sunat(Doa orang yang berpuasa akan sentiasa diterima Allah, Insya Allah)

6. Banyakkan berdoa terutamanya pada waktu wukuf kerana pada waktu ini pintu langit diseluruh dunia    
    terbentang luas.
7. Belajar dalam keadaan yang tenang dan ceria, tenangkan fikiran kita dulu kerana apabila berada dalam keadaan yang tenang akan memudahkan kita untuk menerima ilmu dan berfikir berbanding dengan waktu kita sedang stress.
8.Ini paling penting, minta doa Ibu Bapa dan mohon restu mereka. Doa Ibu Bapa merupakan doa yang
   paling mustajab.
9. Dampingi guru, pada saat2 akhir ini dampingilah guru anda, mohon restu daripada mereka, minta tunjuk ajar daripada mereka.

10. Doa mohon keselamatan dan kesihatan.

                                                                       

11. Usaha yang berterusan(Istiqamah)
12. Jaga pemakanan dan kesihatan serta tidur. (Dapatkan rehat yang cukup)
13.Niat belajar ikhlas kerana Allah. Kita belajar kerana untuk mendapat manfaat daripada ilmu yang kita pelajari dan kita belajar bukan untuk pencapaian semata-mata.
Good Luck, semoga berjaya buat semua SPM Candidate ^_~

Target kita.
Jangan lupa tunaikan Solat kerana solat itu tiang agama.

Berani untuk menyahut cabaran.



Our Target.
 Semua amalan tersebut adalah sangat baik untuk diamalkan oleh semua orang termasuklah diri saya.
Moga-moga dengan tips yang diberikan sedikit sebanyak dapat memberikan harapan baru ataupun pertolongan buat anda semua Insya Allah. *Kita bukannya tak pandai, cuma kita malas belajar**Kita tidak gagal, cuma belum berjaya**Sentiasalah menjadi orang yang bersangka baik(positive minded person) dan menepis segala sangkaan buruk* Semoga berjaya kepada semua calon SPM termasuklah saya. Doakan kami semua calon SPM 2012 agar memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2012. Amin... Insya Allah. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog saya. ^_^

No comments:

Post a Comment